02 October, 2012

Dapat Gaji

Petang .. Peace yaww ..

Alhamdulillah , akhirnya kje yang kita bertukus lumut mendapat hasil .

sume orang na kan ? sape yg tamo , rite ?

walau ckit .. tu adalah hasil titik peluh Cik Yan . 

Bersyukur sangat . dan bole bayar ape yang na bayar .. :P

Selamat suda menbelanja orang yang sudi menolong Cik Yan . 

Tengs Sis ! :D


OKTOBER

Hi All .. 

Jom ikut entry Cik Yan kali ni ...

Mesti na taw nape ngn OKTOBER ni kan ?

Hmm .. Oktober ni adalah bulan kelahiran Cik Yan la . 

Ce cek balik . mana tahu klo sama tarikh ke kan . huhu ..

Bole potong kek sama-2 . (ada hati kan) .

Gurau je pong ..

Emm .. Sebenarnya EX Cik Yan pun bulan yang sama . 

Tetiba teringat kembali pada beliau . :D

tapi pape pun .. di mana dy berada . jauh atau dekat ..

Cik Yan sentiasa doa yg terbaik utk awak .. :P

*ada sape-2 na tolong beli kan utk Cik Yan ? :D

02 OKTOBER 2012

Assalamualaikum.. Hi Selasa ...

Peace ALL .. ^_^ 

Tetiba petang-2 gini Cik Yan terase rajin na mengupdate ..

Bukan sebab ape . tadi godek-2 blog . 

cmne na cantik kan dy laaa . sangat tidak paham .

ada sape-2 yg bole tolong tak ?

Cik Yan bagi upah 20sen . huhu .

sangat kejam ni ..

Saje na bagitahu , arini Cik Yan cuti . HAHA .

tak saba na tunggu SELASA depan plak .

09 OKTOBER 2012 .

29 September, 2012

Bajet 2013 : Inti Pati Belanjawan 2013


* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.
* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.
* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin
dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015
* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
* Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama
* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”
* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta
* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar. – BERNAMA


#janji ditepati !

BAJET 2013

ASSALAMUALAIKUM ......

Hi kowg .. pe kaba ? arini sabtu suda weh . syOk manyak laaa .. 

sebab cuti . bagi yg cuti la . yg bekerja . terus kan kerja anda . HAHA . 

(kata orang Cik Yan pun sama la) .

emm .. pe kena mengena bajet 2013 ngn pagi ni kan ?

meh Cik Yan na habaq kat hangpa ni ..

PM kita ada bagi peruntukkan macam-2 kat rakyat la . 

pe lagi . terutama PENJAWAT AWAM le ..

kowg tahu tak , dowg bakal dapat bonus SEBULAN SETENGAH GAJI .

untung lha kan . kecoh-2 suda kat FB semalam . huhu .

Cik Yan bukan jeles ke hape kan . tapi ni sume isu semasa kan .

kena la amek tahu jugak . kang klo orang dok semabang kita tahu ape plak .

nampak sangat ta amek tahu . sini la Cik Yan na bagitahu ..

semalam baru cakap arini mesti kua kat paper mukasurat depan .

kan betul . Cik Yan baru lepas search HARIAN METRO . (sempat lg) .

nah kowg tengok la sendiri ye . 

*Bajet 2013

ALHAMDULILLAH .. SIAP SUDA ..



ASSALAMUALAIKUM Pakwe , Makwe ..

Selamat pagi yg ta berape na pagi da ni kan . HAHA

Emm .. jom ikut entry terbaru dari Cik Yan .. 

kowg mesti na taw nape kan ?

sebab Cik Yan dapat kumen positif dAri kawan tuhh .. 

camni la yg kawan Cik Yan tuh cakap kan . 

Alhamdulillah . orang suke kan nye .


yeah! da dpt. winkwink! ^__^


tengkiu cik potograper! ♥

sgt puas hati :D


#tengs jgk sebab sudi amek Cik Yan kan ? tuh la hasil usaha Cik Yan .

28 September, 2012

SELAMAT MALAM

Hi Gugurl , Hi Boboy 

selamat malam sume .

jangan lupe baca doa sebelum tido .

nah , amek ni ....


Assalamualaikum ...


#tak lupe juge sebelum tido tuh maafkan sume orang ye . mana tahu esok kita tak bangun lg . :D

MAIN GAME SAMPAI TIDO

Hi Pakwe , Hi Makwe .

jom ikut entry Cik Yan kali ni .

kome-2 na tahu nape Cik Yan cakap main game sampai tido .

penangan game kat budak kecik ni laa . 

tekan punya tekan tetikus tuh . bole lena . 

pastu tamo ngaku plak tu tertido .

orang kesian kat dy . 

*meleleh suda air liur .

OUTING RAYA 2012

Hoi ... Hoi ...

my na habaq my kat hangpa sume ni . Cik Yan tak kire . 

Walaupun raya da abes . Cik Yan tetap na post gambO OUTING RAYA jugak .

meh la tengok sat . 

 1

 2

 3

 4

 5

 6

1. Mieyra , Yan , Shuhada , Faizah .

2. Talent-2 yang sangat berbakat ni . :P

3. Ni la Cik Yan . Kebaya weh taon ni . :D

4. Shuhada , Faizah , Mieyra , Yan , Jue .

5. Faizah , Shuhada , Cik Yan . kami memang suke pose kan ?

6. Tema Outing : KEbaya . Ni la muka-2 Minah Kebaya . huhuhu ..



#gamba raya taon ni tade . so , yg ni je sebagai kenangan . :(

BATTELSHIP

Assalamualaikum kome-2 .

 
*lama da cte ni . tapi maseh segar diingatan . tq kamOo ~

GSC Alamanda , Putrajaya . 

24 April 2012 .

tqsm belanje Cik Yan tengok cte ni awak .


#kenangan dulu-2 . :P

Ieqa + Joe - The E-Day

Assalamualaikum kowg ...

 1

2

 3

 4

 5

 6

 7

 8

 9

 10

11

 12

 13

 14

 15

16

 17

 18

 19
 20

 21

 22

 23

24

Hye kowg .. haaa . pe kowg pk kn tuh hah ?

harap maklum ye , ni bukan Cik Yan yg tunang . tapi membe satu Kampung .

dy mintak tlg shoot kan gamba tunang dy . 

act , Cik Yan da buat part time photographer aw . 

bukannye teror mana pun . tapi alhamdulillah la .

NA SERIBU DAYA TAK NA SERIBU DALIH , rite ?

ok-2 Cik Yan tamo le cte panjang-2 . penat na taip n kowg na bace kan ?

taw dah . lalalala . Majlis ni berlangsung di rumah kakanda tersayang beliau .

Date : 16 SEPT 2012 (SUNDAY)

Place : Kg. Matang , Simpang , Perak .

1. Cupcake ni dari pihak lelaki kepada pijhak perempuan . cumil kan ? 

2. Cek tuh .. mesti la duit hantaran beliau kan . berape nilai dy ? sendiri zOom le eh . malas na amek taw .

3. Sireh junjung . cantek kan ? 

4. Ni laaa pelaminnye . siap berpelamin U . :) kau ade aq na tanya ? 

5 . Tuan punya badan bersama hantarannye . Cik Ieqa Yumiko . cumil orangnye .

6. Bersama kawan-2 dan kakaknye ..

7. Haaa .. banyak tak hantaran dy ? penuh katil kot . huhuhu . *dari pihak perempuan*

8. Ni plak hantaran dari pihak lelaki . sekerat rumah jgk le . :P

9. Bersalaman bersama bakal Mak Mertua .

10. Cincin suda disarung . tande suda berpunya la . (Booking dah ni) .

11. After disarungkan cincin . salam lg with future mother in law .

12. Tadah tangan moga sume di permudah n di perkenan olehNya .
(kita mampu merancang je kan) .

13. Cik Yan suke gambo ni . 

14. Men snap ikut dan . HAHAHA .

15. Men snap ikut dan . HAHAHA . (ada keunikkan tersendiri kot) . 

16. there sitting together after 7year noe each another . tahniah Ieqa !

17. Bergelar tunangan orang suda . En . Joe . :D

18. Bersama kakak dan ayah dari sebelah pihak lelaki . dan Cik Ieqa kite bersama Tokwan nye . (eratkan silaturahim) .

19. cantik kan cincin dy ? shine gitu . sah , bergelar Tunangan orang suda .

20. Ni kowg na taw sape ? dy ni kawan Cik Yan masa skola fardu Ain dulu . after beberape taon ta jumpe . we meet again . happy sangat . :D

21. Hantaran ni na hantar kan kepada pihak lelaki . sempat lg post kan dowg ni ? (tak patut CIK Yan tade kot , hurmmm) . :P

22. Bersama Kawan-2 diatas pelamin yg cantek .

23 . Bersama Cik Yan plak kan . gamba wajib ade ni . hOhO . :3

24. Finally , hantaran suda di tuka . 

#kepada tuan punya badan . jgn mare nti kena jual . :P 

SUNWAY PYRAMID

Assalamualaikum sume ...

*aq rindu kau Bun sebenarnye . tapi takot na tegO da .

pe cer kowg sume ? 

arini da jumaat . 

so bg sape yg maseh blaja n bekerja sampai arini mesti seronOk an ? 

sebab sok da cuti ..

hureyyyy dalam aty ..

bole balik kampung jumpa mak ayah , MATA AIR ke kan . 

ayat skema plak malam-2 cmni .. 

pape je la . huhu ..

ok , back tu da entry Cik Yan ni haaa .. 

tetiba godek-2 lappy . jumpe la gamba ni . 

huhuhu . Cik Yan yg ta bpe na cumil tuhhh ...

act , ni gambo lama . masa taon 2009 kot . 

gambo ni kat SUNWAY PYRAMID with them . 

really miss the moment . after wayang time . :)

rindu na hangout together again .. tapi tu sume tinggal kenangan je .

awak pun da bahagia kan ?

#doasayasemogaawakbahagia!

26 September, 2012

BERBAJU MELAYU ..

HYE KOWG ... 

cik yan kembali pada kali ini . HAHA .

oke-2 , entry kali ni npe cik yan cakap 'BERBAJU MELAYU' .

bersebab le kan . na di jadikan cerita . 

bulan pose taon ni cik yan kje ngn satu kedai baju ni .

bole tahan gak la jenis baju dy kan .

tak perlu kot na mention . (SAKIT ATY) . :P

emm .. da satu aritu sejuk sangat . da tahan kot . biase la kje dalam aircond kan .

memamg la begini keadaan nye . (bg yg penah mengalami keadaan yg sama) .

da baju melayu tu reject . alaa . bkn sebab pe pun . kotor je haa .. da kena reject .

sayang kot . di sebabkan sejuk yg terlampau . cik yan pun mengambil keputusan utk memakai baju tu .

satu TESCO tgk . (ADE AKU KESA) . pastu bole plak kn cik yan pg berjalan merata .

HAHA . muka ta kesa kot . :P



sori gamba ta clear . 

SETELAH SEKIAN LAMA ..

hye kowg . 

sori la cik yan da lama ta update . 

kemalasan melanda diriku . pehhh .. 

mcmtu sekali kan ? hmm .. 

pape pun cik yan na ucap SELAMAT MALAM . 

tu sAje utk malam ni . HAHAHA .



22 April, 2012

Apa Yang Wanita Perlu Tahu Mengenai Lelaki


couple
Sekiranya anda sebagai wanita inginkan hubungan yang berkekalan dan berpanjangan bersama pasangan anda, anda perlulah mengambil tahu perkara mengenai lelaki dengan lebih mendalam barulah pasangan anda itu akan selesa sepanjang bersama anda.
Seperti juga golongan wanita, golongan lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan juga memerlukan perhatian cuba golongan lelaki ini amat payah untuk memperlihatkan sensitivi mereka kepada golongan wanita.
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakkan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool semata-mata untuk mencuci mata. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki bercakap “Emm.. Tengoklah dulu..” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila wanita asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal wanita dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap wanita dan tak faham kenapa wanita bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita dan mempunyai ramai skandal tetapi percayalah bahawa si dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya dianggap sebagai kawan dan peneman di kala bosan.
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari, maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah dan memang lumrah lelaki akan memandang tempat-tempat sentitif wanita selain daripada memandang wajah.
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tidak akan menunjukkannya kesedihannya di depan orang. Bila seorang wanita meminati seorang lelaki, wanita itu patut bagi petunjuk pada lelaki tersebut. Manalah tahu sekiranya lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti kerana kadang kala lelaki ini tidak dapat mengagak hati wanita.
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari wanita yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata wanita.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, wanita janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

7 Petanda Teman Lelaki Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Pasangan Hidup


couple fight
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka adalah merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan pemilihan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal.
Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan hidup. Jadi, apakah tanda-tanda teman lelaki anda tidak sesuai untuk anda jadikan pasangan hidup.?
  • Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung. Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang lelaki tersebut kata sebaliknya lihat apa yang lelaki tersebut lakukan untuk anda
  • Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik
  • Dia selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa
  • Dia selalu bermain sms ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia bersms, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan sms dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang?
  • Anda telah selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda
  • Dia selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting
  • Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan
Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku. Pasangan yang menjadi punca harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama. Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah dimasa hadapan.