22 April, 2012

Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan Kelahiran


couple
Bila sebut sahaja cinta atau hubungan percintaan pasti anda akan terbayang saat-saat indah dan manis bukan? Tapi tidak kurang juga ada yang membayangkan kesakitan dan kelukaan terhadap cinta yang tidak berkekalan dan berpanjangan.
Untuk pengetahuan anda tidak semua yang bercinta itu mempunyai personaliti dan sikap yang sama. Mungkin sekarang ini atau dahulu anda bercinta dengan seseorang, orang itu berpesonaliti begini dan anda tidak sukakannya. Tetapi jangan pula anggap orang yang anda ingin menjalinkan hubungan akan datang sama juga personalitinya.
Setiap orang ada personaliti-personalitinya tersendiri dan setiap orang berbeza-beza. Tiada yang sama. Tetapi anda harus ingat. Bukan semua manusia itu sempurna.
Jom kita ketahui apakah rahsia kasih sayang atau pesonaliti anda atau pasangan anda berdasarkan bulan kelahiran. Bagi yang tak tahu apakah bulan kelahiran pasangan atau orang anda minati itu, cepat-cepat bertanya pada si dia.

Bulan Januari

  • Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
  • Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
  • Sukar setia pada yang satu
  • Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
  • Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya
  • Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya
  • Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya
  • Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang
  • Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11
  • Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini

Bulan Februari

  • Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan
  • Amat hormat kepada pasangan
  • Amat suka memikat pasangan
  • Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
  • Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
  • Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu)
  • Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan
  • Kurang beremosi terhadap pasangannya
  • Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya
  • Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Bulan Mac

  • Mudah menawan hati pasangannya
  • Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
  • Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
  • Sangat baik dalam menjaga perhubungan
  • Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai
  • Perasaan cemburu yang minima
  • Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
  • Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras
  • Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan
  • Suka menuduh melulu tanpa usul periksa
  • Berprasangka terhadap pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12
  • Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini

Bulan April

  • Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan
  • Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai
  • Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati
  • Sentiasa ingin diberi perhatian
  • Amat cemburu dalam perhubungan
  • Kesetiaan teguh terhadap pasangannya
  • Emosi cepat terusik dan mudah terluka
  • Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
  • Romantik dan terlalu romantik
  • Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
  • Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan
  • Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
  • Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini

Bulan Mei

  • Amat mudah jatuh cinta
  • Baik dan jujur dalam perhubungan
  • Pandai menarik hati pasangan
  • Perasaan cinta yang mendalam
  • Mudah untuk dipujuk
  • Kurang suka untuk sentiasa bersama
  • Mudah menerima cinta seseorang
  • Pilihan yang tepat dalam berpasangan
  • Nekad untuk menjaga hubungan yang baik
  • Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
  • Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
  • Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
  • Ambil berat dalam menjaga hubungan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Bulan Jun

  • Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan
  • Sukar melukai dan memahami hati pasangan
  • Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih
  • Cerewet dalam hubungan
  • Selalu beremosi
  • Mudah merajuk dan mudah di pujuk
  • Cepat rasa bosan dalam percintaan
  • Kurang yakin dalam perhubungan
  • Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
  • Elok untuk menjadi Ibu yang baik
  • Dahagakan pujian dari pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8

Bulan Julai

  • Amat suka didampingi pasangan
  • Sukar dimengerti oleh pasangan
  • Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
  • Amat mudah dipujuk dan berterus terang
  • Amat menghargai kesetiaan pasangan
  • Mengambil berat dan mengasihi pasangan
  • Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai
  • Mudah terluka dan lambat untuk pulih
  • Suka merajuk dan dipujuk
  • Setia terhadap pasangan
  • Suka mendengar dan tidak suka membantah
  • Cemburu terhadap pasangan
  • Suka menilai dan menjaga perhubungan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Bulan Ogos

  • Tidak serius dalam perhubungan
  • Mengambil mudah dalam perhubungan
  • Kesetiaan di ragui
  • Pandai memujuk pasangan
  • Suka memimpin pasangan
  • Romantik, Pengasih dan Penyayang
  • Kelam kabut dalam perhubungan
  • Sering bertukar pasangan
  • Sukar mencari pilihan yang tepat
  • Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima
  • Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
  • Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini

Bulan September

  • Bersopan dalam hubungan
  • bertolak ansur terhadap pasangan
  • Suka mengkritik pasangan
  • Sangat prihatin terhadap pasangan
  • Sangat sensitif dan emosi
  • Pandai memahami pasangan
  • Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
  • Amat memilih pasangan
  • Sukar melupakan sekiranya hati terluka
  • Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Bulan Oktober

  • Amat suka berkomunikasi dengan pasangan
  • Suka disayangi dan menyayangi pasangan
  • Sopan terhadap pasangan
  • Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan
  • Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
  • Sukar menerima pandangan pasangan
  • Emosi yang mudah terusik
  • Pengasih, Penyayang terhadap pasangan
  • Cemburu dan terlalu cemburu
  • Romantik
  • Memahami pasangan
  • Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12
  • Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini

Bulan November

  • Banyak helah dalam menghadapi pasangan
  • Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
  • Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
  • Degil dan engkar dengan pasangan
  • Tidak suka dikongkong oleh pasangan
  • Mudah ambil berat terhadap pasangan
  • Tidak menghargai perhubungan
  • Sambil lewa dalam perhubungan
  • Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung
  • Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
  • Kurang menghargai pasangan dan hal-hal percintaan
  • Kurang bersama dengan pasangan
  • Pasangan Ideal: 4, 7

Bulan Disember

  • Pemurah terhadap perhubungan
  • Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
  • Tergesa-gesa dalam perhubungan
  • Suka didampingi oleh pasangan
  • Benci dikongkong
  • Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
  • Suka mempengaruhi pasangan
  • Curang dalam percintaan
  • Kurang berkerjasama dengan pasangan
  • Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
  • Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12
Sila ambil perhatian. Apa yang disenaraikan di atas ini tidak semestinya 100% betul. Terserah pada anda untuk mempercayainya ataupun tidak. Ia hanya untuk suka-suka sahaja.
Penulis berharap anda lebih percayakan pada diri anda anda sendiri atau pasangan anda. Kerana anda adalah diri anda bukan dan pasangan anda, adalah diri dia sendiri. Anda yang boleh mengubah dan juga membentuk diri anda dan begitu juga si dia :)

Apakah Yang Lelaki Inginkan Dari Pasangan Mereka


couple

Bila sebut sahaja apa yang lelaki inginkan dari pasangan mereka mungkin para gadis akan cepat berkata lelaki hanya inginkan hubungan seks, harta dan mempermainkan mereka sahaja. Tetapi tidak semua lelaki sebegitu. Lelaki yang menjalinkan hubungan mereka dengan gadis pilihan mereka sentiasa tercari-cari sipakah yang betul-betul boleh memahaminya.
Sebenarnya tidaklah sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kali ini DuniaMaskulin akan terangkan apakah yang lelaki inginkan dari pasangan mereka. Mungkin artikel ini boleh dijadikan rujukan buat pasangan anda.

1. Kejujuran

Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang pasangan mereka zahirkan.
Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah si gadis yang diangkat sang jejaka. Oleh itu si gadis perlu sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati si jejaka. Baik jujur daripada daripada sakit hati bukan di kelak hari bukan?

2. Hubungan Bebas Manipulasi

Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan.
Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang yang diberikan atau ditunjukkan.

3. Berdikari

Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki.
Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan gadis tersebut jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.

4.Dinamik,Bertanggungjawab & Matang

Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga mahukan seorang gadis yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri, bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi.
Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

5. Komitmen & Kesetiaan

Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain.
Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.

6. Pandai Memujuk

Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji, lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya.
Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya.

21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita



pasangan bahagia
Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki Agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda :)

15 March, 2012

Berita Gumbira Bersamaan 15 Mar 2012

Assalamualaikum sume .. hye .. 
lama dah cik yan tinggal kan blog ni kan .. 
sori , da masalah ckit .. huhu .. 
uke , forget it bout this problem yeah .. 
nway , firstly cik yan na ucap kan tahniah kepada my bro kerana mendapat cahaya mata kedua  .. 
bersyukur kerana sume telah selamat kan .. 
tak saba cik yan na tunggu lagi 2 owg anak buah ... :)