22 August, 2011

Happy Birthday Poems





1. It Is Your Big Day
Spread a smile, spread the cheer
Look around, it is your day,
make a list to spread it all
and then everyday is your day.

Fill the rooms, with balloons,
and stuff some mouths with sweets.
Make a list to do it all,
and then enjoy the pleasant treats.

Gather some faith, earn some hope,
make the most of this beautiful day.
gather it all, just to give it all
spread the joy, it is your day.

I wish you a very
Happy Birthday!

C . I . N . T . A



C - cinta bila dipandang

I - indah bila dilihat

N - nikmat bila bersama 

T - takut akan kehilangan 

A - abadi bila sayang mengerti ... 





PERJALANAN ... :D

disebalik renungan matamu ,
terbayang harapan mengunung tinggi,
tubuhmu yg kerdil menghulur tangan pengharapan .


wajah putih bersihmu ,
menceritakan betapa tulus hati nuranimu ,
engkau harapan ayah bonda ,
pewaris nusa bangsa ,
bakalmengegar pentas dunia .


mak abah dan kerabat tercinta ,
membelai penuh mesra ,
dalam doa sejahtera hidup dipinta ,
bahagia hingga ke hujung usia .


tika kau dipimpin ke pondok kitab , 
munsyi memandu ke gerbang jaya ,
mencelikkan kebutaan ,
menjana akal budi ,
namun masih ada yg alpa dan leka ,
rugi sepanjang masa .


waktu kau dimamah usia ,
dugaan pancaroba menjalar tiba ,
ada yg lemas dalam kehidupan penuh ranjau berduri,
menjadi duri dalam daging , seumpama api dalam sekam ,
membakar diri dan insan sekeliling .
yang gagah perkasa ,
bangkitlah kau sebagai Wira , Serikandi Negara ,
Menjadi benteng watan ,
penegak kebenaran dan keadilan ,
menghapuskan kehidupan ilusi dan hipokrasi .

Agama ... ~.~

Agama itu adalah cahaya .
Agama itu adlah penyuluh yg terang .
Agama itu memberikan kebaikan didunia .
Agama juga penyelamat remaja diakhirat . 


Tanpa agama dan ilmu hidup ini kosong .
Tanpa agam kita akan menjadi orang yg buta dalam celik .
Tanpa agama hidup menjadi semakin layu .
Tanpa agama kita hanya menjadi abadi nafsu .


Agama ialah tiang hidup .
Agama ialah peneguh hati .
Agama ialah penyelamat warisan .
Akan rosoklah bangsa tanpa agama .
Bagai taman tanpa bunga .
Bagai malam tiada bintang .
Sayangilah Islam ... kerana ia adalah sebaik - baik agama ... :P

Sangka - Sangka ...

manusia hari ini suka sangka2 ,


ada sangka baik ,


ada sangka buruk ,


orang beribadah disangka riak ,


orang yg rileks disangka malas ,


orang pakai baju baru disangka menunjuk ,


orang pakai baju buruk disangka zuhud ,

orang makan banyak disangka pelahap ,

orang makan sikit disangka diet ,


orang baik disangka buruk ,


orang buruk disangka mulia ,


orang senyum disangka mengejek ,


orang masam disangka merajuk ,


orang bermuzakarah disangka mengumpat ,


orang diam disangka menyendiri , 


mana tahu ...


orang yg diam itu berzikir kepada Allah ,


orang yg senyum itu bersedekah ,


orang yg masam kerana mengenang dosa ,


jauhilah sikap suka sangka2 ,


ia bakal memusnah ukhwah ,


seperti musnahnya kayu dimakan api .

Masa ...

Carilah masa untuk BERIKIR ....
Kerana ia adalah sumber kekuatan .
Carilah masa untuk BERMAIN ... 
Kerana ia adalah berahsia kesihatan .
Carilah masa untuk MEMBACA ...
Kerana ia adalah cahaya fikiran .
Gunakan masa untuk BERAMAL IBADAT ...
Kerana ia adalah segala kekuatan .
Carilah masa masa untuk MENGASIHI DAN DIKASIHI ...
Ini adalah jalan untuk keriangan dan kesihatan .
Carilah masa untuk BERGELAK KETAWA ...
Ini adalah irama jiwa .
Carilah masa untuk MEMBERI ...
Kerana terlalu singkatnya masa hidup untuk yg tamak haloba .
Carilah masa  untuk BEKERJA ...
Kerana ia adalah hadiah untuk kejayaan .
Carilah masa untuk AMAL JARIAH ...
Kerana ia adalah kunci ke akhirat .

Cinta Mulia ... :)

Cinta wujud di dalam hati, 

Cinta terlalu unik untuk dirungkai,

Manusia tersepit bersama cinta,

Cinta harus hadir di sanubari,

Ungkapan cinta mudah ditutur,

Kerana cinta kita tersungkur,

Menggapai cinta yg tidak luhur, 

Cinta itu mememang manis,

Ibarat gula kapas,

Tetapi cinta juga mungkin menjadi api yg membakar diri,

Cinta manusia cinta sementara, 

Cinta manusia cinta dunia, 

Cinta Allah kekal selamanya ...