09 August, 2011

Sesungguhya , bersyukur itu lebih baik ! ^_^


1.    Utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan  dengan orang lain.
2.    Utk anak / adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna   dia berada di rumah , bukan di jalanan berpeleseran.
3.      Utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4.      Utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5.      Utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6.      Utk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh
mendengar.
7.      Utk timbunan pakaian yang perlu dicuci / digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8.      Utk keletihan / kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9.      Utk tempat letak kereta yg jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.   Utk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

No comments:

Post a Comment